Sahabat.

Assalam.... Sebenarnya cita yg saya nak story nie mengenai perasaan, dan memang sangat2 menyakitkan.. Salahkah saya luahkan pendapat or cadangan untuk kebaikan??? Kadang2 dalam sesuatu perhubungan n dlm isi hubungan itu sendiri perlu ada komunikasi yang jelas dimana apabila pasangan berada dalam situasi yang tercari-cari sesuatu yang memang tidak pasti, pasanganlah yang perlu memberi semangat atau direction untuk bersama-sama hadapi masalah itu, dan yakin dengan setiap langkah yang di ambil...

 Kisah nie berlaku dengan kawan baik saya, dimana dia mempunyai seorang kekasih dan ingin meneruskan hubungan itu hingga ke akhir hayat.. dan dia juga faham kehendak Tuhan jika memang jodoh itu bukan untuk dia dan pasangannya... Pasangannya sudah bekerja dan kawan saya nie masih mencri-cari pekerjaan tetap dengan gaji yang lumayan, tp dia lebih beminat kepada dunia fesyen dan perniagaan.... Dan itu bukan nya halangan untuk dia kerana sekarang dia mempunyai perniagaan sendiri yang dibina atas usaha sendiri tanpa org lain tahu peritnya, susah senangnya, untung ruginya dan hutang-hutang yang perlu ditanggung sendiri sehingga lah dia memberitahu saya keadaan yang sebenar....

Dalam tempoh mengenali pasangannya, memang cukup singkat dan sekarang pon bg saya, mereka masih dalam tempoh mengenali hati budi masing2. Isu perkahwinan bukan isu yang bg saya boleh menimbulkan pergaduhan sehingga tidak bertegur sapa, dan itulah hakikatnya apabila dia menyuarakan dengan pasangannya...Walaupun teman saya itu mengadu or memberitahu tapi ibarat angin lalu, dan perkataan yang keluar dari mulutnya ialah SABAR K....

Dalam keadaan pasangan yang menyara kedua ibu bapanya, pasangan nya bertindak kasar dengan kata-kata yang memang tidak dapat saya menerimanya jika saya berada dalam keadaan nya....apa salahnya jika kita sama-sama berusaha untuk mencari income lebih. Dalam keadaan sekarang yang memang mencabar jika isu mengenai wang tersangat payah.... tapi bukankah lagi bagus jika kita mempercepatkan saja majlis yang sangat simple... mungkin x perlu majlis yang besar2, cukup sekadar yang wajib sahaja.... Dan pasangan itu berkata, "memanglah, kamu org perempuan, tunggu di pinang jak, kami nie org lelaki perlu kerja keras untuk bg 2 buah keluarga makan!"

Apabila dia memberitahu saya mengenai itu, saya hanya mampu mendengar dan tidak mampu memberi komen apa2... Cuma Tuhan yang tahu mengenai itu dan hanya Dia saja yang dapat menentukan jalan yang terbaik untuk mereka....Doakan yang terbaik untuk mereka cukup untuk menunjukkan yang saya memang cukup terharu walaupun saya tiada cadangan or apa2 pendapat untuk kawan baik saya. sebagai kawan baik, mendengar lebih baik dan cubalah pasangan teman saya itu mendengar dahulu hujung pangkal setiap apa yang di utarakan oleh sahabat baik saya, mungkin sahabat saya tidak bersedih untuk ke-3 kali....

Tuhan, bantulah sahabatku untuk semua yang dia lalui..... Amin.

0 comments:

Post a Comment